Hidup, So Far…
by shz
Ahhh….
Sorang lagi kawan dah tinggalkan tempat ni. For good. Bila Fakhrul dan aku dengar berita tu di tengah-tengah masa mengejar bas pagi ke tempat kerja, kami berdua terkedu memandang each other. Dalam bas pun senyap sepi, tak macam selalu, membebel pasal hal kerja dan hal duniawi. Dalam diam bisu kami berdua, mungkin terbayang apa A tengah buat kat Malaysia. Bestnya. Mungkin dia tengah lepak dengan kawan-kawan lama dekat warung mana-mana yang teh tariknya harga seringgit dua. Atau berbual dengan mak ayah kat meja makan menjamu selera. Tak dapat kerja lagi pun tak apa, semuanya selamat. Tapi A tinggalkan UK sebab dah dapat kerja di sana. Bagusnya, rezeki dia lagi murah di sana dari kat sini.
Apa lagi yang nak di achieve kat sini? Degree? Oxford Brookes graduate. Cita-cita? Dah jadi akitek. English? Dah 5 tahun English jadi first language. Can’t get worse, should be better. Duit? Dah rasa apa yang nak rasa, alhamdulillah. Rumah sendiri? Walaupun menyewa, dapat juga merasa duduk sendiri dan pleasure of home decorating to reflect our style. The pleasure of dominating your own kitchen and having friends over for dinner. Pleasure of privacy. Pleasure of walking around naked in living room. Hah! Kawan? Gained a lot more, alhamdulillah. Lost one. But it’s ok, she’s not worth it. Travel? Hmm, let’s see. New York, Venice, Paris, Marrakech, Sahara, Fes, Rome, Florence, Siena. UK, well, obviously. Next month Istanbul and in June, Spain insyAllah. Switzerland, Austria, Bali, New Zealand, California dah pergi sebelum Mama sakit. Jadi tak ada rasa teringin pergi lagi. Tapi mungkin nak sikit lagi. Memang lah berniat nak pergi Amerika Latin tapi kos terlalu ridiculous, so let’s scrap off the idea. Teringin sangat tengok Athens and its ruins kerana terlalu taksub masa belajar History of Architecture. Dan pulau cantik Greece. Masa ini lah nak berjalan. I’m not the rich and famous macam Paris Hilton. Love life? Sangat bertuah, enough said. Work experience? 21hb masuk dua tahun kerja di negara maju, kalau nak tunggu cukup, tak akan pernah cukup. Knowledge? Tak terkata. Sama lah macam pengalaman bekerja, takkan ada kesudahannya.
Oh. Tak pernah terfikir macam tu. Bila put it in writing, rasa macam OK juga. Dalam masa 5 tahun, ini yang aku buat. Tak sia-sia juga. Juga? Tak sia-sia langsung! Alhamdulillah. Apa lagi nak kata? Life is what you make it. Mungkin ni satu chapter, ada chapter yang lagi besar menanti. I’ve lived, worked and earned by myself, di negara orang, di tempat asing, di suasana yang penuh ketidaktahuan, di sini. I’ve travelled and saw as much as I could. I’ve married my man. I’ve been enjoying my life. This is the time of my life. The last time it was a time of my life was high school. (Phew, that was a good one).
Jadi ini kah yang akan membentuk peribadi aku? Yang akan menjadikan aku orang yang aku akan jadi 10 tahun dari sekarang? Yang akan orang kenal nanti? Mungkin. Tak tahu. Kena tanya orang yang lagi tua.
boleh dibayangkan how lucky you are.agak teruja tatkala membaca entry kamu dlm BM.
u are way lucky in every aspects. alhamdulillah.. adalaha kalimat yg paling bermakna utk diucapkan
Ironikan? Saya dan suami baru-baru ni asyik terfikir untuk migrasi ke luar negara, lately sibuk dok contact kawan-kawan lama, me kat Perth and my husband kat Ireland. Hidup kat Malaysia bukannya teruk sangat, monthly income lima digit, rumah idaman, hobi saya adalah kerja saya dan anugerah paling hebat, baby girl yang comel, rasanya cukup kot. Tapi jauh-jauh dalam sudut hati ni, ada yang tak ada, masih kena cari.Percaya atau tidak, Saya rasa semua tu selepas 10 tahun saya tekad saya akan dapatkan semua yg saya dapat hari ni.Any way good luck untuk kamu. Kamu juga miliki hidup yang baik.
balik lah.. 🙂
Imanjamia : Your life sounds like a dream life, congratulations of how lucky you are. Manusia memang tak akan pernah puas dengan apa yang dia dapat, tapi kalau dah dapat rasa content pun dah cukup bagus. Banyak benda dalam dunia ni yang boleh dicapai, tapi yang penting apa yang kita cari. Rasanya lah..Mungkin dah tiba masa untuk kehidupan di tanah air sendiri… Terima kasih yang lain untuk komen.
Selamat pulang Shaliza. Moga kehidupan kamu dan suami lebih hebat di sini.Saya, suami dan Iman pula pergi bukan untuk cari benda malah kami bakal lepaskan semuanya di sini. Tapi tak apa kami ada each other, saya, hubby dan Iman.
sara, pegila visit greece island tuh alang2 dah pegi istanbul….do tell about your trip to turkey…i’ve been hoping to go to turkey as well one fine day….insya-allah kalau murah rezeki
Bukan calang-calang entri nih. Best nyer bace yang ni. Setelah sekian lama, hari ni teringat nak masuk blog ni.Aku pun lagi sebulan dah nak balik ke tanah tumpah darah. Adakah selama 2 tahun aku kat sini akan mengubah segala yang pernah aku lalui 2 tahun lepas di sana? Entahlah.Sama-samalah kita berdoa. Inilah kehidupan kan…
[…] of my lack of knowledge on the subject. There were a lot of times I was tempted to write in BM (I did, once!) and just go spontaneous as it feels freer to get my thoughts across. It will take less […]