Jurugambar Kokak Kapak
by shz
Kelakar.
Rupa-rupanya masih ada orang yang tersinggung dengan tulisan basi saya tentang dilema mencari jurugambar kahwin saya. Mungkin kerana agak kurang bernasib baik, dia tidak mahir mentafsir kata-kata isi hati saya. Mungkin kali ini dengan menulis bahasa ibunda, maksudnya akan lebih jelas.
Dia meninggalkan komen di Fotopages saya. Seperti orang yang bosan hidupnya, atau orang yang kecewa tersangat tak terkata, seperti tipikal Melayu terasa tak menentu, dia menulis;
rasanya shz memilih sangat last last dapat yang asal-asal jer. I don’t think photographer u tu ada quality. Bad taste. I baca blog you, nampak macam terlalu memilih sangat. Sbg salah seorang photographer malaysia, kat sini dah ramai bengkek dgn statement u yang menyakitkan hati photographer malaysia seolah-olah macam kitorang tak bagus. Last-last ambik orang malaysia jugak…yang kokak kapak pulak tu.
Aduh. Tersinggung rasanya Nazim jika dia membaca ini. Maaf ya Nazim, kerana saya, tak pasal-pasal Nazim dilabel kokak kapak, walau apa pun maksudnya itu. Tetapi jangan lah singgung, seperti saya. Saya kasihankan orang ini yang mungkin hidupnya tidak gembira, kecewa seperti failed artist, mencari bahagia dari menulis kata-kata caci kepada orang lain untuk membuat dirinya terasa lega.
Saya tahu jenis orang begini. Sudah banyak kali jumpa, mulanya marah, tetapi lama kelamaan marah itu bertukar menjadi kasihan bila saya perhatikan mengapa dia bertindak sedemikian. Orang yang gembira dalam hidupnya tak akan melungsurkan dirinya ke bawah untuk benarkan hatinya mencaci orang sedemikian rupa.
Tanyalah semua perempuan di dunia, rata-ratanya semua akan jadi memilih dalam segala hal berkaitan majlis perkahwinannya. Termasuklah saya. Dari hiasan, tema, makanan, pakaian dan pemilihan jurugambar, kalau boleh semuanya mestilah menepati citarasanya. Ini bukan bermakna apa yang bukan mengikut citarasanya salah atau tidak bagus, tetapi bukankah bosan hidup ini sekiranya ada satu sahaja pilihan untuk segala-galanya? Contoh yang senang : jika saya suka perisa coklat dari perisa vanila, adakah ini bermakna vanila tidak sedap? Jika saya lebih berkenan dengan warna merah, adakah tidak cantik warna hijau?
Benar. Pilihan pertama saya bukan seorang jurugambar kahwin. Dia hanya seorang jurugambar, period. Saya teruja bila dia melayan pertanyaan saya, kerana saya sudah lama mengagumi hasil kerjanya. Namanya Suryo Wibowo dan jika anda lihat kerjanya, anda faham maksud saya. Tanyakan, dan carikan saya orang di Malaysia yang boleh menghasilkan fotografi begitu. Mungkin ada, tetapi saya yang tidak jumpa. Saya akui, saya terlalu bercita-cita tinggi, mana mungkin saya setuah itu. Too good to be true. Lantas cita tak kesampaian, dan hikmah bertemu Nazim pun datang. Saya jatuh cinta dengan kerjanya yang lain sifatnya, tetapi cukup bagus untuk saya.
Ini adalah soal pemilihan. Sebenarnya saya tegas dengan apa yang saya suka. Saya tak suka jadi hipokrit. Rata-rata jurugambar yang saya lihat suka mengarahkan pasangan melakukan aksi-aksi palsu. Artificial actions. Saya dan suami sudah nekad, kami mahukan gambar tradisi. Mungkin bosan seperti gambar dulu-dulu, tetapi jujur. Dalam imiginasi kami, gambar kahwin yang akan tergantung di rumah kami adalah gambar kami duduk kaku sebagai pasangan pengantin baru. Dan itu juga lah yang saya tekankan pada Nazim pertama kali saya jumpa dia. Selainnya adalah dokumentasi majlis perkahwinan saya betul-betul sebagaimana ia terjadi. Itu yang saya mahu lihat dan ingat tentang hari bahagia saya.
Saya tidak akan memilih sesuatu hanya kerana orang lain rasa itu yang sepatutnya. Jika asyik memilih kerana orang lain ramai yang suka, bagai keldai diikat tali di hidung lah namanya. Saya pilih kerana percayakan diri sendiri, tindakan sebegitu belum lagi mengundang rasa sesal selama hidup saya. Dan saya masih bingung mengapa pilihan saya dijadikan subjek sensasi, padahal banyak lagi persoalan penting dalam dunia ini yang lebih layak diberi masa untuk difikirkan. Padahal banyak lagi pasangan lain yang memilih jurugambar kokak kapak mereka.
Nazim Zafri adalah jurugambar kokak kapak saya. Dan saya suka. Saya puas hati dengan apa yang saya terima. Saya bersyukur dan gembira. Malah, kerana terlalu menghargai hasil kerja dia, sangat murah rasanya apa yang saya bayar pada dia. Mungkin orang itu patut mencari kegembiraan dunia dan cuba bersyukur diatas nikmatNya, nescaya saya percaya dia tidak akan marah lagi dengan saya kerana mungkin tidak memilihnya.
Sesiapa saja dia.
kesian dgn orang macam tu…pathetic..entah siapa yang bad taste…. saya berkahwin way back in 2004 dan pada masa tu pun saya tidak beraksi plastik… tersenyum palsu … bertukar2 baju..apa pun.. its a matter of choice… tepuk dada tanya selera..
Sesiapa dia tidak punya taste sendiri. Hanya tau meniru.
Entahnya. Wedding photographers kat Msia semua rata-ratanya lebih kurang style, mungkin yg membezakan ialah produk akhir saja.Sorang buat satu benda baru, semuaaaaaaaaaa nak tiru. Sungguh malas. I tak salahkan you. I rasa yg tulis komen ni jelous you amik Nazim, and the fact Nazim did a good job pulak tu.
tak sangka ada gak org yg terlalu memikirkan hal2 duniawi sehinggakan merasa amat kecewa dan terkasima dgn keputusan org lain yg tidak ada kena mengena dgnnya.***…her wedding, her choice, her decision maaaa…***p/s*** sepatutnya photographer tu takyah frust menonggeng dgn pilihan shz. nape nye dia tu terkilan yg amat??! heran, heran.
Salam Shz,satu perkara yang pasti, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. setiap orang ada pilihan dan citarasa yang tersendiri. kalau tak, semua yang ada di dunia ini akan nampak plain. cantik itu terlalu subjektif. yang penting, hati kita gembira dan puas dengan apa yang kita pilih. pedulikan.tapi, betul kata shz, kesian pula bila baca respon dia.
Fajar & Aidura : I think he/she is a bit unfortunate to translate my simple words. Or maybe I did not say it right.
hi shaliza,orang ni kena ingat,kepandaian yang dia miliki sekarang adalah anugerah tuhan…itu kena ingat wahai bapak….bapak apa namanya…lupa dong,so hormati la kepandaian dan keputusan orang lain.didiJakarta
Gambar Nazim tu lawa gile.. Takde Kokak pun.. Apo la masalah photog sorg tu.. huhuhu..
hermmm….i agreed ngan u shz.. memang la perempuan akan memilih dalam soal perkahwinan.. maklum le sekali seumur hidup.. messti la kite nak yang perfect kan..biar la shz.. ape orang nak ckap.. yang penting kite happy ngan ape yang kite buat dan x kacau hidup org lain..die jelez kot tengok awak cantik ari tuh.. hehehehe
shz, who cares what they say. u made the rite choice. and nazim is my dream photographer for my wedding too now. 🙂
yerp..cliche giler localwedding photographer..aku akui bt benda sama;mengarah..hahaha!!inilah mslh..haku kawen xnak diarah!!
wow.. i can’t believe i dig the current issue till here
yes.. arrogant /b/